Sunday, May 10, 2009

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Demokrasi Berparlimen Demokrasi Berparlimen Mohd Faizal Bin Yahaya

PEMILIHAN TOKOH MURID

AJK Pengundian

  1. Melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan proses pengundian
  2. menyediakan tempat dan kertas undi mengikut bilangan murid
  3. menetapkan peraturan pengundian dan memaklumkan kepada kelas
  4. menjalankan proses pengundian untuk memilih tokoh pelajar
  5. membuat pengiraan undi dihadapan pemerhati calon
  6. mengumumkan jumlah undi
  7. mengishtiharkan tokoh murid yang mendapat undi majoriti
  8. Tokoh pelajar dikehendaki memberi ucapan

Parti A dan Parti B

  1. Mencalonkan seorang orang murid untuk bertanding sebagai tokoh murid untuk parti masing-masing
  2. Setiap pencalonan mesti ada seorang pencadang dan seorang penyokong
  3. Calon mestilah menepati kriteria-kriteria seperti perwatakan yang menarik, mempunyai daya kepimpinan, pencapaian akademik yang baik dan aktif dalam kokurikulum
  4. Penyokong atau pencadang mesti berhujah sebab calon mereka mesti dipilih

Friday, May 1, 2009

JIKA ADA PERMASALAHAN...

Macam mana perjalanan folio/projek?
ada masalah?


Jika ada sebarang pertanyaan sila kemukakan di sebelah kanan ini di tempat 'shoutbox' ini..

atau

hubungi saya dengan email saya:
akil0307@gmail.com

Sunday, April 26, 2009

FORMAT FOLIO PSK TING.1

FOLIO
  1. Muka hadapan (tajuk ‘LEARNING TO SAY NO ....’, nama,kelas,guru)
  2. Penghargaan (ucapan terima kasih kepada…)
  3. Isi Kandungan
  4. Biodata diri
  5. Pendahuluan (cerita secara tentang ringkas tajuk yg dipilih)
  6. Isi-isi folio
  7. Penutup (rumusan daripada pengalaman membuat folio ini)
  8. Rujukan (nama buku,majalah,akhbar atau sumber internet yg diambil)
BUKU SKRAP
  1. Muka hadapan (tajuk ‘LEARNING TO SAY NO ....’, nama,kelas,guru)
  2. Biodata diri
  3. isi-isi (cut n paste-potong keratan akhbar,majalah,internet dll dan tampal)
  4. Rujukan (nama buku,majalah,akhbar atau sumber internet yg diambil)
Selamat Maju Jaya

En Akil

PSK 1A, 1B DAN 1D

SALAM..

Folio 'Learning to Say NO'
  1. teruskan membuat folio ataupun buku skrap yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih
  2. tolong gunakan waktu psk untuk menyiapkan
  3. folio tak perlu tebal sangat
  4. jadikan folio menarik dengan isi yang membina rakan2
  5. memenuhi tema folio
Poster 'Learning to Say NO'
  1. dapatkan kertas lukisan (di meja saya) dari guru ganti
  2. siapkan lukisan mengikut tema
  3. gunakan masa psk untuk melukis atau melakar lukisan
Folio dan poster yang menarik akan diberikan hamper sebagai ganjaran. Lakukan sebaik mungkin

Terima kasih

En Akil

Saturday, April 25, 2009

PSK 1KAA

Untuk folio salasilah keluarga

  1. dah boleh start buat terus ke folio
  2. gunakan waktu psk untuk lakukan folio ini
  3. buat sedikit-sedikit dahulu..secara berterusan
  4. format seperti berikut;
    1. Muka hadapan (tajuk ‘Keluarga saya’, nama,kelas,guru)
    2. Penghargaan (ucapan terima kasih kepada…)
    3. Isi Kandungan
    4. Pendahuluan (cerita secara ringkas keluarga)
    5. Biodata diri
    6. Biodata keluarga (parents,adik beradik,opah dan tok)
    7. Penutup (rumusan daripada pengalaman membuat folio ini)
    8. Lampiran (gambar)
    9. Rujukan (jika menggunakan buku, cerpen, surat khabar dan majalah)
  5. Tolong siapkan sebelum/semasa cuti sekolah bulan 6
  6. sebarang pertanyaan boleh bertanya mana-mana guru psk atau disebelah kanan (shoutbox)

Terima Kasih

En Akil.

PEND MORAL 5B, 5C & 5D

Gunakan sebaik mungkin waktu Moral untuk menyiapkan folio SPM 2009

  • Diingatkan setiap kali kelas Moral sila bawa essei yang akan dimasukkan ke dalam folio.
  • Siapkan sekurang-kurangnya satu essei untuk 1 waktu Moral.
  • Jika untuk bahagian essei sudah siap, lihat contoh untuk mulakan bahagian tugasan luar.
  • Pastikan anda dapat membuat empat tugasan
  • Dapatkan bantuan En Adzman untuk folio ini

Terima Kasih

En Akil.